Wednesday 14 September 2011

MOOD RAYA DI TEMPAT KERJA

Selepas Raya, rasa malas sungguh nak balik bekerja.  Tapi tak kerja, parah pula ekonomi rumahtangga nanti.

Mahu tak mahu, hari ini mula kerja balik.  Sesudah cuti 8 hari kerja, mood masih lagi mood cuti.

Tapi boss dah mula minta dan perintah itu dan ini.  Terkapai-kapai dibuatnya!

Sekali rupanya aku tersalah buat catatan pula untuk salah satu fail kerja.  Memang kesalahan yang bodoh.

Boss datang baling fail tu dimeja dan melantun hampir kena muka.  Tersentak aku!

Apa nak dikatakan!  Ngaku salah dan minta maaf sajalah.  Semasa aku cakap, 'Raya ni Puan, minta maaf banyak-banyak!' boss tak jadi terus marah.  Beliau angguk dan terus pergi.

Selalunya beliau akan membebel dekat lima belas minit atau lebih sambil cekak pinggang.   Bagus juga la mood Raya ni.