Tuesday 4 October 2011

SANA SINI CERITA BUDGET

Dua hari lagi baru budget akan dibentangkan di Parlimen.  Tapi sana sini orang sudah riuh bercerita pasal kemungkinan-kemungkinannya.

Geli hati juga.  Belum pasti lagi, orang-orang tertentu begitu mengharap mendapat ganjaran dan imbuhan.

Ramai tahu bahawa ini adalah budget pilihanraya.  Jadi pasti ada banyak janji-janji indah!

Wednesday 14 September 2011

MOOD RAYA DI TEMPAT KERJA

Selepas Raya, rasa malas sungguh nak balik bekerja.  Tapi tak kerja, parah pula ekonomi rumahtangga nanti.

Mahu tak mahu, hari ini mula kerja balik.  Sesudah cuti 8 hari kerja, mood masih lagi mood cuti.

Tapi boss dah mula minta dan perintah itu dan ini.  Terkapai-kapai dibuatnya!

Sekali rupanya aku tersalah buat catatan pula untuk salah satu fail kerja.  Memang kesalahan yang bodoh.

Boss datang baling fail tu dimeja dan melantun hampir kena muka.  Tersentak aku!

Apa nak dikatakan!  Ngaku salah dan minta maaf sajalah.  Semasa aku cakap, 'Raya ni Puan, minta maaf banyak-banyak!' boss tak jadi terus marah.  Beliau angguk dan terus pergi.

Selalunya beliau akan membebel dekat lima belas minit atau lebih sambil cekak pinggang.   Bagus juga la mood Raya ni. 

Sunday 28 August 2011

HARI RAYA

SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Semoga kita akan terus diberkati  dan mendapat kebahagaiaan dunia dan di SANA nanti.  Amin.

Friday 12 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Terleka- pula dengan jadual dan agenda lain.  Baru hari ini la dapat melayan blog.  Sementara Ramadhan Al Mubarak sudah masuk hari ke dua belas.

Tapi kiranya masih belum terlambat lagi la.  Sempena Ramadhan yang penuh barakah ini, saya mahu mengucap selamat juga kepada semua Muslimin dan Muslimat.

SELAMAT MENJALANI IBADAH
SEMOGA SEMUANYA BARAKAH

Marilah sama-sama kita cuba melakukan yang terbaik.  Insya Allah, tak rugi.  Malah akan diberkati!

Monday 18 July 2011

JADI BLOGGER JUGA

Memang betul ada hari tu kita ingin malas-malasan dan membaca santai.  Kawan aku kata blogging mungkin alternatifnya.

Jadi hari ni aku pun daftar jadi blogger juga.  Join the crowd saja la.  Hehe.